Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barang kemas bernilai dirompak

    PARIS, 11 Jan – Sekumpulan lima orang perompak melancarkan serangan hebat di Hotel Ritz yang terkenal di dunia di Paris semalam, dengan melarikan barang kemas bernilai kira-kira empat juta euro, menurut para penyiasat.

    Tiga orang daripada kumpulan itu telah ditahan di tempat kejadian akan tetapi sehingga petang hari ini dua orang perompak lagi masih bebas, menurut sumber polis.

    Sumber kehakiman meletakkan nilai barang kemas yang dirompak pada nilai ‘lebih daripada empat juta euro’ (AS$4.75 juta).

    “Para tukang emas yang terkenal di dunia mempamerkan perhiasan mereka di Ritz,” kata sumber polis.

    Pegawai polis berdiri berdekatan pintu belakang hotel di Paris semalam selepas berlakunya rompakan bersenjata, yang mengakibatkan barang kemas bernilai kira-kira empat juta euro dilarikan oleh perompak bersenjata. – AFP

    Tiga perompak dalam kumpulan itu ditahan ketika melarikan diri dari tempat kejadian dan seorang wartawan AFP berkata beberapa batang jalan raya di sekitar hotel itu ditutup oleh pasukan keselamatan ekoran kejadian itu.

    Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb memuji usaha ‘profesionalisme’ pegawai polis dengan mengatakan mereka ‘telah menaikkan nama pasukan polis.”

    “Kami terdengar bunyi bising dan keriuhan di jalan raya. Beberapa orang pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ mencari perlindungan di hotel itu. “Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku sehingga seseorang memberitahu kami telah berlaku satu rompakan,” menurut seorang pekerja hotel memberitahu kepada AFP. -AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda