LOS ANGELES, 28 FEB – Jersi yang dipakai oleh Kobe Bryant dalam NBA final tahun 2000 dan cap tangan di Teater China Hollywood adalah antara barang peribadi memorabilia akan dilelong pada April nanti.
Menurut Julien’s Auctions kelmarin, barang-barang kepunyaan Bryant, yang terbunuh dalam nahas helikopter bulan lalu, akan dimasukkan ke dalam barang lelong yang melebihi 300 barang-barang sukan pada 30 April nanti.
Bryant merupakan juara NBA sebanyak lima kali dan 18 kali pemenang NBA All-Star bersama pasukan Los Angeles Lakers. Beliau bersara pada tahun 2016 dan jersi nombor 8 dan 24 milik beliau telah digantungkan oleh Lakers pada tahun 2017.
Jersi tempat sendiri nombor 8 Lakers yang dipakai oleh Bryant pada NBA Final tahun 2000, di mana beliau memenangi kejuaraan NBA pertama beliau dengan membawa Lakers mengalahkan Indiana Pacers, telah ditaksirkan berharga antara AS$10,000 ke AS$20,000. Ia termasuk lilitan tangan hitam yang beliau pakai sempena memperingati legenda Lakers, Wilt Chamberlain.
Cap tangan Kobe Bryant yang di Teater China, dianggarkan bernilai AS$4,000 ke AS$6,000, telah menjadikan beliau sebagai atlet pertama yang membuat acuan tangan di Hollywood yang biasanya dikhususkan untuk bintang di layar perak.
Jersi tempat sendiri nombor 24 Bryant dipakai pada musim NBA 2006-07, kasut hitam dan putih yang telah ditandatangan dan dipakai oleh Bryant dan bola keranjang yang telah ditandatangani oleh pemain-pemain ketika LA Lakers menjuarai kejohanan 2009-10, termasuk Bryant, turut dilelong.
“Kami berbesar hati untuk memasukkan koleksi barang beliau dan memberi peringatan kepada beliau yang telah memberi inspirasi bukan sahaja kepada peminat bola keranjang tetapi kepada seluruh dunia,” kata Darren Julien, presiden ketua eksekutif Julien’s Auctions. – AFP
