Barat gesa Kosovo, Serbia mula rundingan

PRISTINA, 13 OGOS – Kuasa-kuasa Barat hari ini menggesa Serbia dan Kosovo yang berseteru untuk memulakan dialog tertangguh mereka ‘secepat mungkin’, dengan memberi amaran bahawa kekurangan perkembangan akan menghambat impian mereka untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Serbia dan bekas wilayahnya Kosovo, yang penduduknya etnik Albania, masih mengalami ketegangan hubungan yang pahit dua dekad selepas Pristina berpisah dalam perang pemisah dan mengumumkan kemerdekaan. Rundingan yang diketuai EU untuk memulihkan hubungan mereka telah terbantut beberapa bulan kebelakangan berhubung siri pertempuran diplomatik.

Dalam satu kenyataan bersama, kerajaan-kerajaan AS, UK, Perancis, Jerman dan Itali menyeru jiran mereka itu untuk ‘memulakan Dialog diketuai EU dengan segera’.

“Status quo telah mencegah kemajuan ke atas laluan Kosovo dan Serbia ke arah Kesatuan Eropah dan ia sudah tentu tidak mapan,” tambah kenyataan itu.

Kerajaan berkata mereka sedia untuk menjadi lebih terlibat dalam rundingan itu – namun hanya ‘jika anda berdua menandakan kesanggupan untuk berkompromi, menyingkirkan halangan dan menyambung semula perbincangan’. – AFP