OTTAWA, 22 MEI – Asap kebakaran hutan yang menyelubungi barat Kanada telah mencetuskan amaran kesihatan di beberapa bandar, tetapi turut membantu menyejukkan api dengan menghalang matahari panas di bahagian negara yang terjejas teruk semalam.
Kebakaran hutan di wilayah Alberta telah menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan menghanguskan lebih 941,000 hektar dalam beberapa minggu.
“Ramai penduduk Alberta jelas tidak dapat lari daripada asap hujung minggu ini. Ia tebal di banyak kawasan wilayah itu,” katanya.
“Tetapi mereka juga akan menyedari bahawa suhu lebih sejuk daripada yang sepatutnya jika tiada asap yang menutupi matahari.” – AFP


