Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca bangkit atasi Celta Vigo

    BARCELONA, 20 APRIL – Barcelona mencipta kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Celta Vigo 4-3 pada Sabtu, sekali gus melebarkan jurang mereka kepada tujuh mata di hadapan Real Madrid dalam perebutan kejuaraan La Liga.

    Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Olimpik, Celta Vigo mendahului 3-1 selepas hatrik Borja Iglesias.

    Namun, Barcelona tidak berputus asa. Dani Olmo membuka laluan dengan jaringan kedua Barcelona, diikuti oleh gol penyamaan daripada Raphinha.

    Pada masa kecederaan, Raphinha menyempurnakan sepakan penalti untuk memberikan tiga mata berharga kepada tuan rumah.

    Barcelona, yang kini berada di tangga teratas, mengukuhkan kedudukan mereka dalam perebutan kejuaraan, dengan Real Madrid yang berada di tangga kedua akan menentang Athletic Bilbao hari ini.

    Perlawanan El Clasico antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan bulan depan akan menjadi penentu utama dalam perebutan gelaran.

    Jurulatih Barcelona, Hansi Flick memuji semangat juang pasukannya, mengatakan bahawa mereka menunjukkan mentaliti yang sangat baik walaupun berada dalam keadaan sukar.

    Namun, Flick juga mendedahkan kebimbangan tentang kecederaan penyerang utama, Robert Lewandowski, yang mengalami masalah hamstring dan diragui dapat beraksi dalam saingan akhir Copa del Rey menentang Real Madrid serta separuh akhir Liga Juara-juara menentang Inter Milan. – AFP

    Raphinha menjaringkan gol keempat pasukannya menerusi sepakan penalti, dalam perlawanan bola sepak liga Sepanyol antara Barcelona dan Celta Vigo di Stadium Olimpik, Barcelona pada 19 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda