Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca bangkit tundukkan Oviedo

    OVIEDO, 26 SEPT – Tandukan Robert Lewandowski dan Ronald Araujo membantu Barcelona bangkit mencatat kemenangan 3-1 ke atas pendatang baharu, Real Oviedo dalam aksi La Liga, semalam.

    Pasukan Catalan itu terlebih dahulu ketinggalan selepas kesilapan penjaga gol Joan Garcia membolehkan Alberto Reina membuka jaringan dari jarak 40 ela. Barcelona menyamakan kedudukan menerusi Eric Garcia pada awal babak kedua.

    Pemain gantian, Lewandowski, menanduk masuk untuk meletakkan pasukan kendalian Hansi Flick di depan sebelum Araujo memastikan tiga mata penuh dengan menanduk masuk hantaran sudut Marcus Rashford pada lewat permainan.

    Barcelona kini berada di tangga kedua liga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Real Madrid yang mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas menewaskan Levante pada Selasa.

    Walaupun tanpa bintang sayap muda, Lamine Yamal, Barca tetap mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan tanpa kehadiran pemain remaja itu.

    “Pada separuh masa kedua, saya katakan kepada pasukan, kita mesti teruskan, bermain dengan tenang, yakin dengan penguasaan bola dan kami berjaya melakukannya,” kata Flick. – AFP

    Raphinha (kanan) melakukan rembatan sambil dicabar oleh Eric Bailly, dalam perlawanan bola sepak La Liga antara Real Oviedo dan Barcelona di Stadium Carlos Tartiere, Oviedo pada 25 September. – AFP
    Tandukan Robert Lewandowski dan Ronald Araujo membantu Barcelona bangkit mencatat kemenangan ke atas Real Oviedo dalam aksi La Liga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda