Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Barca belasah Roma, mara separuh akhir Liga Juara-Juara

    BARCELONA, 30 MAC – Barcelona menempah tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara Wanita dengan membelasah Roma 5-1 di Camp Nou kelmarin untuk mara secara agregat 6-1.

    Fridolina Rolfo menghantar naib juara musim lalu di hadapan dengan penyudah klinikal selepas 11 minit dan Mapi Leon meledak gol kedua yang menakjubkan dari jarak 30 ela.

    Pemain pertahanan kiri Sweden, Rolfo menambah gol ketiga sejurus sebelum separuh masa untuk melanjutkan kelebihan pasukan Jonatan Giraldez di pendahulu Serie A.

    Asisat Oshoala pula menjaringkan gol dari jarak dekat sejurus selepas rehat dan Patri Guijarro menanduk masuk gol kelima dari sepakan sudut.

    Annamaria Serturini meledak satu gol untuk Roma semasa menentang Barcelona yang telah memenangi 100 peratus perlawanan mereka dalam Liga F dan hanya mencatat satu kekalahan sepanjang musim, ketika menentang Bayern dalam fasa kumpulan. Pemenang 2021 yang kini telah mara ke separuh akhir dalam lima musim berturut-turut dan mendahului menerusi jaringan Salma Paralluelo di Stadio Olimpico minggu lalu, adalah pilihan utama untuk mara di tempat sendiri.

    Barcelona mencatat dua rekod dunia kehadiran dengan lebih 91,000 setiap satu di Camp Nou musim lalu dalam perjalanan ke final, di mana mereka ditewaskan oleh Lyon dan akan menentang sama ada gergasi Perancis atau Chelsea di separuh akhir.

    Hampir 55,000 orang hadir menyaksikan perlawanan itu kelmarin dan menyaksikan Rolfo membuka jaringan dengan gol ke-10 nya musim ini di semua pertandingan selepas Oshoala menghantar bola ke laluannya. – AFP

    Reaksi Asisat Oshoala semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara Wanita UEFA di stadium Camp Nou di Barcelona. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...