Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca berpesta gol

    BARCELONA, 27 Jan – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mara dengan mudah ke separuh akhir kedua Copa del Rey buat kali ketujuh berturut-turut menerusi agregat 6-2, selepas menang selesa 5-2 ke atas Real Sociedad dengan dua gol dijaringkan oleh Denis Suarez.

    Mempunyai kelebihan 1-0 hasil aksi suku akhir pertama, Barca memberikan tugas sukar buat Sociedad untuk bangkit apabila Denis menjaringkan gol pembukaan menerusi satu-satunya peluang terbaik di separuh masa pertama.

    Sociedad semakin tertekan selepas Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua. Juanmi dan Willian Jose menjaringkan gol sagu hati buat pelawat sebelum Barca terus berpesta gol apabila Luis Suarez meledakkan gol ketiga dan diikuti oleh jaringan Arda Turan serta Denis yang melengkapkan malam penuh bergaya buat pasukan tuan rumah.

    Bintang penyerang Barcelona, Lionel Messi (dua kiri) meraikan jaringannya bersama Neymar (kiri) Andre Gomes (dua kanan) dan Luis Suarez dalam aksi suku akhir kedua Copa del Rey menentang Real Sociedad di Camp Nou. - AFP
    Bintang penyerang Barcelona, Lionel Messi (dua kiri) meraikan jaringannya bersama Neymar (kiri) Andre Gomes (dua kanan) dan Luis Suarez dalam aksi suku akhir kedua Copa del Rey menentang Real Sociedad di Camp Nou. – AFP

    Bos Barca, Luis Enrique enggan mengambil risiko dengan pemilihan pemain apabila menurunkan tiga penyerang hebatnya iaitu Messi,Suarez dan Neymar, sementara Gerard Pique turut kembali memperkuat barisan pertahanan selepas direhatkan pada aksi liga, Ahad lalu.

    Samuel Umtiti merampas bola daripada Xabi Prieto dan gerakan daripada sana kombinasi gerakan Messi dan Neymar membolehkan Suarez membuka tirai jaringan dengan satu rembatan ke arah penjuru gawang Sociedad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda