MADRID, 30 APRIL – Barcelona mensia-siakan peluang besar untuk meng-ungguli La Liga semalam berikutan kekalahan mengejut 2-1 oleh Granada, menambah lagi ketidakpastian dalam perlumbaan gelaran La Liga yang paling tidak dapat diramalkan musim ini.
Barca berpeluang memintas di tempat teratas liga, merampas kedudukan Atletico Madrid dengan kelebihan satu mata tetapi Granada berjaya bangkit selepas ketinggalan untuk meraih kemenangan di Stadium Camp Nou, sekali gus membuka kembali persaingan merebut gelaran musim ini.
Lionel Messi meledakkan gol ke-33nya musim ini untuk meletakkan Barcelona di depan tetapi Granada kembali bangkit menerusi jaringan Darwin Machis dan Jorge Molina yang mencetus kebangkitan menakjubkan.
Dengan kelebihan satu perlawanan sudah digunakan, Barca kini berdepan saingan lebih sukar untuk merampas tangga teratas apabila aksi seterusnya adalah di laman Valencia dan kemudian melayan kunjungan Atletico di Stadium Camp Nou.
Barca kekal di tangga ketiga, kutipan mata yang sama dengan Real Madrid ketika Atletico terus mendahului dengan kelebihan dua mata, manakala Sevilla di tangga keempat kini tiga mata di belakang pendahulu.

“Ia satu tamparan hebat, kami kecewa. Kami cuai di bahagian pertahanan. Kami membuka ruang terlalu besar,” kata pengurus Barca, Ronald Koeman.
Salah satu daripada empat pasukan teratas berpeluang mengesahkan kejuaraan La Liga bulan depan, selepas tiga pasukan teratas tercicir mata hujung minggu ini.
Real Madrid diikat tanpa jaringan oleh Real Betis Sabtu lalu sebelum Atletico gagal menjarakkan diri apabila tewas di tangan Athletic Bilbao.
Keputusan itu membuka ruang buat Barcelona yang bermain kurang satu perlawanan, tetapi sekarang mereka juga terlepas peluang keemasan.
“Kami tidak lagi memilikinya,” kata pemain pertahanan Barca, Jordi Alba. “Kita harus menyelesaikan perlawanan itu.”
Kemenangan Granada menambah satu lagi kemenangan penting pada musim yang luar biasa ini bagi pasukan Diego Martinez, yang dinaikkan dari divisyen kedua Sepanyol hanya dua tahun lalu. – AFP