Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca ‘buru’ kejayaan Real

    MADRID, 17 Sept – Hampir sejam selepas wisel penamat, Barcelona menghantar pesanan menerusi Twitter dengan berkata “Tahniah kepada @realmadrid kerana menjuarai gelaran Liga Juara-juara 2017/18.”

    Namun begitu, terdapat sebilangan penyokong yang meminta agar pesanan berkenaan dipadamkan serta-merta sementara yang lain menganggapnya sebagai sentuhan klasik dengan berkata “kami adalah pesaing, bukan musuh.”

    Selain itu, pemain utama Barcelona iaitu Lionel Messi , Gerard Pique, Luis Suarez dan Andres Iniesta mengambil langkah mendiamkan diri. Namun, sesetengah pemain juga ada memuat naik gambar bersama keluarga mereka dengan temasya Piala Dunia dijadualkan tidak lama selepas itu.

    Namun, apa yang diperkatakan sejak itu dan biarpun mesej yang dikeluarkan kelab, amat jelas kejayaan Madrid itu menggemparkan sebaik pulang ke tanah air, manakala Barcelona telah gagal dan menambahkan lagi kepahitan yang dihadapi.

    “Jelas ia menyakitkan hati (buat kami). Madrid telah menjuarai Liga Juara-juara sejak tiga tahun yang lalu. Mereka telah melakar sejarah dan ia pahit bagi kami,” kata Suarez semasa temu bual bersama RAC1 awal bulan ini.

    Ia berkemungkinan kerana Barca berasakan bahawa mereka lebih baik berbanding Madrid pada musim lalu.

    Mereka telah mengalahkan pasukan lawan dengan 3-0 di Santiago Bernabeu, kemudian beraksi bersama 10 pemain pada separuh masa kedua di Camp Nou dan masih seri 2-2. Mereka turut mendahului permainan dengan kekurangan pemain sebelum Gareth Bale menyamakan kedudukan.

    Malah, turut mengakhiri saingan dengan kelebihan 17 mata untuk menjuarai La Liga, satu jurang yang terpaksa diakui oleh Zinedine Zidane yang mengutamakan kempen di Eropah, namun selepas Februari, sebelum pusingan kalah mati Liga Juara-juara bermula, Barcelona telah mendahului dengan 16 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda