Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca buru tempat ke-4 teratas La Liga

    MADRID, 6 MEI – Barcelona boleh mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menewaskan Real Betis Sabtu ini dengan enam daripada tujuh pasukan teratas La Liga akan bersaing sengit dalam perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan keempat teratas.

    Barca, di tempat kedua, berada lapan mata di hadapan Betis, di tempat kelima, dan jika mereka boleh melebarkan jurang itu kepada 11 mata dengan baki tiga perlawanan lagi, tempat mereka dalam Liga Juara-Juara akan terjamin.

    Ia akan menunjukkan pencapaian penting bagi kelab Catalan, walaupun penurunan prestasi yang mengecewakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan semangat yang berkobar-kobar beberapa minggu lalu, apabila mereka membelasah Real Madrid 4-0, telah lenyap.

    Xavi Hernandez mengambil alih ketika Barcelona menduduki tempat kesembilan dalam liga, dengan ancaman jelas untuk kehilangan kedudukan empat teratas memberikan tekanan kepada kelab itu, yang mempunyai hutang lebih daripada satu bilion euro dan sangat memerlukan wang daripada bermain di pertandingan kelab yang paling menguntungkan di Eropah.

    Kemenangan untuk pasukan Xavi di Benito Villamarin juga akan menjadi rangsangan kepada Atletico Madrid, yang hanya tiga mata di depan Betis, dengan derbi tempatan di tempat sendiri menentang Real Madrid akan berlangsung Ahad ini.

    Atletico Madrid berharap kebangkitan sensasi Real Madrid menentang Manchester City Rabu lalu di Liga Juara-Juara, yang memerlukan masa tambahan untuk memulihkan tenaga serta fizikal, dan Real Madrid mungkin akan menerima kekalahan di Wanda Metropolitano. – AFP

    Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez percaya pasukannya mampu untuk bersaing bagi tempat ke-4 teratas La Liga. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda