Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca, Eibar terikat sama

    MADRID, 30 DIS – Barcelona menamatkan tahun yang sukar dengan satu lagi keputusan mengecewakan selepas sekadar seri 1-1 di laman sendiri berdepan Eibar awal pagi tadi.

    Keputusan itu memberikan Barcelona kedudukan keenam dalam La Liga, tujuh mata di belakang Atletico Madrid yang memiliki kurang dua perlawanan.

    “Kami perlu realistik,” kata pengurus Barcelona, Ronald Koeman.

    “Liga ini amat rumit. Dalam kehidupan tiada apa yang mustahil, tapi anda perlu melihat jurang mata dengan pasukan seperti Atletico, yang tampak tidak mencicirkan mata.”

    Pemenang enam kali Ballon d’Or, Lionel Messi sedang menjalani pemulihan berikutan kecederaan pergelangan kaki dan hanya menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton.

    Ketika ketiadaannya, Martin Braithwaite mengambil penalti pada minit kelapan dan gagal melakukannya.

    Pemain Denmark itu kembali meledak pada minit ke-25 namun jaringan itu dibatalkan.

    Walaupun Barcelona mendominasi, Eibar mendahului selepas 57 minit menerusi kapten mereka, Kike Garcia hasil kesilapan pertahanan, Ronald Araujo.

    Ousmane Dembele menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi sepakan kaki kanan namun Barcelona tidak mampu mencari gol kemenangan. – AFP

    Reaksi Koeman semasa menyaksikan perlawanan antara Barcelona dan Eibar di Stadium Camp Nou di Barcelona, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda