Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Barca gagal tembusi gawang Rayo

MADRID, 14 OGOS – Barcelona terikat seri tanpa jaringan menentang Rayo Vallecano dalam perlawanan pembukaan La Liga dan Barca turut menyaksikan ketua pasukan mereka, Sergio Busquets dibuang padang.

Kelab berpangkalan di The Catalans itu mencatatkan 21 percubaan dan mengawal sebahagian besar perlawanan di Camp Nou tetapi gagal memecah kebuntuan.

Pengendali Barca, Xavi menurunkan pemain baharu termasuk Andreas Christensen, pemain sayap Raphinha dan penyerang Robert Lewandowski, yang hanya boleh bermain selepas didaftarkan pada lewat Jumaat.

Pemenang Liga Juara-Juara lima kali itu terpaksa patuh dengan peraturan kewangan yang ketat ditetapkan oleh La Liga sebelum dapat mengesahkan bekas penyerang Bayern Munich itu berada dalam skuad bagi kempen baharu.

“Kami sepatutnya memenangi perlawanan, tetapi kami kini hanya perlu membetulkan kesalahan dan memikirkan tentang Real Sociedad minggu hadapan,” kata pemain pertahanan Barcelona, Eric Garcia.

Reaksi Robert Lewandowski semasa bermain untuk Barcelona buat kali pertama di laman sendiri, kelmarin. – AP

“Kami mahu memulakan musim ini dengan langkah kanan dan dengan kemenangan, tetapi kami tahu Rayo memberikan kami banyak masalah tahun lalu. Mereka bertahan dengan agak baik malam tadi.”

Pasukan tuan rumah mendominasi 30 minit pertama dengan Lewandowski dinafikan daripada mencetak gol dalam penampilan sulung kompetitif.

Penyerang Poland itu didapati berada di kedudukan ofsaid selepas menerima hantaran daripada Ousmane Dembele sebelum jaringannya dibatalkan.

Pedri nyaris memecah kebuntuan dengan baki 10 minit sebelum separuh masa tamat tetapi percubaannya sekadar terkena tiang.

Meskipun mengawal perlawanan pada separuh masa pertama namun Marc ter Stagen memastikan gawangnya tidak bolos dengan melakukan aksi menyelamat daripada percubaan Alvaro Garcia semasa masa kecederaan.

Barca terus menggempur pertahanan Rayo namun gagal menewaskan penjaga gol Stole Dimitrievski, yang terlibat dalam pertembungan dalam 10 minit pertama separuh masa kedua. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -