SEVILLE, 28 FEB – Barcelona menghidupkan semula harapan mereka untuk mengejar kejuaraan selepas Lionel Messi dan Ousmane Dembele menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Sevilla kelmarin untuk meletakkan mereka dua mata di belakang Atletico Madrid.
Atletico masih mempunyai kelebihan dua perlawanan, salah satu daripadanya adalah perlawanan menentang pasukan di tangga keenam, Villarreal hari ini, tetapi prestasi menurun dari pendahulu La Liga telah memberikan peluang kepada pesaing mereka.
Barca kelihatan longlai dan tidak mungkin mengejar kedudukan beberapa minggu lalu tetapi kini mereka mencatat kemenangan kesembilan daripada 10 perlawanan La Liga, di mana kebangkitan telah meletakkan mereka berada sebagai pasukan pencabar, dengan Atletico akan bermain menentang Real Madrid minggu hadapan.
“Kami telah mengalami beberapa masalah dan kami kembali bangkit,” kata pemain pertahanan Barca, Gerard Pique.
“Semestinya perlumbaan merebut kejuaraan masih lagi berjalan, terdapat keyakinan dan harapan dalam pasukan ini.
Sevilla memulakan perlawanan dengan beraksi seperti bermain sebagai pasukan atasan, memenangi kesemua enam perlawanan liga, lima darinya tanpa mencatatkan sebarang keputusan bolos. Tetapi mereka menjadi pasukan kedua terbaik di Ramon Sanchez Pizjuan, persembahan dominan ditunjukkan Barca yang menunjukkan kelemahan ketika mereka di belakang dari kedudukan tiga teratas.
Ia turut mencipta kebangkitan kepada perlawanan separuh akhir Copa del Rey pusingan kedua apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi, dengan Barca berharap untuk bangkit dari keputusan 2-0 di Camp Nou.
Walau bagaimanapun, Pedri dan Ronald Araujo mungkin tidak beraksi selepas kedua-duanya digantikan pada separuh masa kerana masalah kecederaan.
“Kami percaya kami mampu kembali bangkit tetapi perlawanan Rabu adalah perlawanan berbeza,” kata jurulatih Ronald Koeman.
“Kami terpaksa bermain perlawanan sempurna, setelah itu baru kita melihat peluangnya.” – AFP