Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca intai puncak La Liga

    MADRID, 10 Feb – Barcelona mempunyai peluang untuk berada di puncak La Liga buat pertama kali sejak Oktober dalam pertembungan ‘latihan final Copa del Rey’ menjelang kunjungan mereka ke Alaves Sabtu ini.

    Alaves menyingkirkan Celta Vigo baru-baru ini untuk mara ke final Copa del Rey buat pertama kali, sementara Barca yang bermain dengan sembilan orang terselamat daripada serangan Atletico Madrid untuk mara dengan agregat 3-2.

    Bagaimapaun, usaha Barca untuk meraih kejuaraan berganda dalam tiga musim berdepan dengan ujian besar apabila mereka bakal berdepan dengan Paris Saint-Germain minggu depan bagi saingan Liga Juara-Juara.

    Juara bertahan itu berada di belakang Real Madrid dengan beza satu mata, namun Real mempunyai kelebihan dua perlawanan, tetapi dengan kemenangan akan membawa Barca sekurang-kurangnya berada di puncak selama beberapa jam kerana Real beraksi lewat Sabtu di Osasuna.

    Bos Barca, Luis Enrique hampir mempunyai skuad penuh untuk dipilih, apabila Sergio Busquets dan Andres Iniesta pulih daripada kecederaan, sementara Neymar kembali daripada penggantungan.

    “Kami gembira kerana Busquets dan Iniesta sudah pulih,” kata pemain tengah Barca, Ivan Rakitic.

    Namun, Enrique telah mengikuti satu polisi giliran yang ketat di sepanjang jadual padat dalam bulan Januari dan Februari, makan pemain-pemain seperti Gerrard Pique, Jordi Alba dan Sergi Roberto mungkin direhatkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda