Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca kehilangan mata lagi

    BARCELONA, 17 APRIL – Barcelona yang semakin lalai tidak mampu memberikan saingan terhadap Getafe dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 kelmarin, namun masih berada 11 mata di depan Real Madrid di puncak La Liga.

    Atletico Madrid yang menduduki tempat ketiga menewaskan Almeria 2-1 di tempat sendiri dengan Antoine Griezmann menjaringkan dua gol ketika dia meneruskan prestasi cemerlangnya.

    Manakala, Valencia semakin tenggelam dalam zon penyingkiran dengan kekalahan 2-0 di tempat sendiri oleh Sevilla, yang melayan kunjungan Manchester United dalam Liga Europa baru-baru ini.

    Sementara itu, juara, Real Madrid menewaskan Cadiz kelmarin untuk mengurangkan pendahuluan Barcelona, dan dengan baki sembilan perlawanan nampaknya tidak mungkin mereka akan mengejar Barcelona walaupun pasukan Xavi Hernandez itu terumbang-ambing pada masa ini.

    Barcelona seri 0-0 di laman sendiri menentang Girona pada Selasa lalu, diikuti dengan kebuntuan kedua berturut-turut kelmarin.

    Pasukan itu masih bergelumang dengan prestasi yang kurang memberangsangkan selepas dibelasah oleh Madrid pada awal April dalam aksi Copa del Rey. – AFP

    Pemain Barcelona Ansu Fati (tengah), berebut bola dengan pemain Getafe semasa perlawanan bola sepak di stadium Coliseum Alfonso Perez di Getafe, Sepanyol, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda