Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca masih buru Coutinho

    BARCELONA, 29 Ogos – Barcelona masih berharap untuk menyelamatkan persetujuan bagi pemain utama Liverpool dari Brazil Philippe Coutinho, pengarah sukan Barca Robert Fernandez mengesahkan ketika kelab memperkenalkan Ousmane Dembele yang bernilai 105 juta euro (AS$125 juta) semalam.

    Pasukan Catalan itu mempunyai masa sehingga Jumaat ini apabila jendela perpindahan Sepanyol ditutup sebelum memuktamadkan persetujuan untuk Coutinho yang tidak beraksi bersama Liverpool sejak menghantar permintaan perpindahan untuk mencuba dan menekan menerusi perpindahan awal bulan ini.

    “Dalam masa beberapa hari ia masih menjadi harapan kami untuk mencapai persetujuan dan mampu memperkenalkan pemain baru,” kata Fernandez apabila ditanya mengenai rundingan bagi Coutinho yang semakin berkembang.

    “Kami tahu profil dan semua kedudukan pemain yang kami mahukan dan kami perlu memperbaikinya dengan beberapa pelepasan.”

    Barca dipaksa untuk berbelanjang pada minit akhir selepas Neymar mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab dengan rekod dunia 222 juta euro awal bulan ini.

    Coutinho masih lagi menjadi buruan Barca walaupun jendela perpindahan tinggal dua hari lagi. – AFP

    Dembele, yang bayarannya mungkin meningkat sehingga 145 juta euro bergantung kepada tambahan berhubung persembahannya, menjadi pemain kelima ditandatangani Barca musim ini Jumaat lalu selepas Marlon Santos, Gerard Deulofeu, Nelson Semedo dan Paulinho.

    Dan Fernandez mengakui hasratnya adalah dua pemain tiba di Camp Nou sebelum Jumaat ini. “Hasrat saya adalah seorang lagi pemain, jika bukan dua,” tambahnya. Bagaimana pun, Fernandez mengetepikan perpindahan midfield Nice Jean Michael Seri.

    Pengarah sukan dari Ivory itu mengkritik Nice dalam satu temubual bersama Mundo Deportivo yang berpangkalan di Barcelona Isnin lalu dengan mendakwa kelab itu telah memungkiri persetujuan untuk menjualnya kepada Barca dengan meningkatkan harga yang diminta kerana minat dari Paris Saint-Germain.

    “Dia sudah diketepikan. Dia seorang pemain bagus tetapi setelah menganalisis banyak perkara, keutamaan adalah posisi lain,” kata Fernandez. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda