Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca sekadar seri

    PAMPLONA, 1 SEPT – Ansu Fati menjadi pemain ketiga termuda untuk menjaringkan gol dalam La Liga awal pagi tadi, tetapi pemain berusia 16 tahun itu tidak mampu menyelamatkan Barcelona daripada terikat seri 2-2 di Osasuna.

    Fati menyamakan kedudukan lima minit selepas dimasukkan pada separuh masa pertama, dan Barca kelihatannya melengkapkan kebangkitan apabila Arthur Melo, juga pemain gantian, menjadikan jaringan 2-1.

    Namun Roberto Torres, yang memberikan Barca kejutan awal, mengecewakan Barca apabila menyudahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Gerard Pique.

    Jurulatih Ernesto Valverde kelihatannya bersedia untuk melihat masa depan berbanding masa lampau, dengan Carlez Perez, produk La Masia berusia 21 tahun, juga menghasilkan dua umpanan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

    Antoine Griezmann yang menghasilkan permainan hebat dalam kemenangan ke atas Real Betis hujung minggu lalu gagal menyerlah kali ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda