Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca tanpa Pedri, Dembele bertemu United

    BARCELONA, 22 FEB – Barcelona akan turun beraksi tanpa beberapa orang pemain kesebelasan utamanya bagi pertemuan timbal balik menentang Manchester United di Liga Europa pada Khamis, termasuk pemain perancang Pedri dan pe-nyerang Ousmane Dembele kerana kecederaan.

    Jurulatih ketua Barcelona, Xavi juga tidak dapat menurunkan pemain tengahnya, Gavi kerana penggantungan.

    Kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 di Barcelona minggu lalu dalam pusingan pertama peringkat kalah mati. Dua pasukan bekas juara Eropah itu mempamerkan persembahan meng-ujakan pada separuh masa kedua di Camp Nou.

    Barcelona, yang akan membuat perjalanan ke Manchester hari ini, dibelenggu dengan kontroversi selepas pendedahan yang menyatakan mereka membuat pembayaran jutaan dolar kepada beberapa buah syarikat kepunyaan bekas naib presiden jawatankuasa pengadilan Sepanyol.

    Kecederaan otot telah memaksa Pedri dan Dembele untuk diketepikan. Xavi mungkin terpaksa menurunkan penyerang Ferran Torres atau Ansu Fati untuk bermain di bahagian serangan bertemu United.

    Sementara itu, Raphinha memulakan perlawanan dari bangku simpanan dalam kemenangan 2-0 ke atas Cadiz di La Liga, Ahad lalu. Dengan keputusan tersebut telah membawa kelab Catalan itu lapan mata mendahului Real Madrid. – AP

    Xavi mengesahkan bahawa Pedri dan Dembele tidak akan beraksi dalam pertemuan bertemu United di Liga Europa.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda