Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca waspada kebangkitan Roma

    ROM, 10 April – Ernesto Valverde menjangkakan AS Roma akan bangkit dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang pasukan kendaliannya, Barcelona di Stadio Olimpico, awal pagi Rabu ini.

    Pendahulu Liga Sepanyol itu sudah selangkah ke separuh akhir selepas menang bergaya 4-1 pada suku akhir pertama di Camp Nou minggu lalu, yang menyaksikan beberapa kesilapan Roma memakan diri dengan dua gol sendiri.

    Namun Valverde tidak memandang rendah Roma, yang tidak pernah mara ke separuh akhir sejak 1984.

    “Saya sudah lama melakukannya dan sedar perkara menakjubkan boleh berlaku dalam mana-mana perlawanan,” kata Valverde dalam sidang media di Rom.

    “Ia akan menjadi perlawanan yang sama tetapi akan lebih sengit.

    Ernesto Valverde ketika menghadiri sesi latihan pasukan kendaliannya di Stadium Olimpik. – AP

    “Sejarah sudah membuktikan, pada tahap kami, adalah sukar menjaringkan gol berdepan kami, tetapi kami tidak boleh memikirkan mereka tiada peluang atau mereka tidak akan mencuba.

    “Kesilapan, terlalu yakin, ia boleh mendatangkan bahaya dan kami sudah berada di depan pintu separuh akhir.”

    Tambahnya, “Kami tidak boleh memikirkan bahawa kami sudah menang, semuanya akan ditentukan. Kami mempunyai rekod yang bagus di Camp Nou, kami ada kelebihan, tetapi kami perlu bermain seperti ia masih 0-0.”

    Pada suku akhir pertama Roma berjaya mengekang gerakan Lionel Messi, yang mana ia menjadi kebanggaan jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

    “Semua orang berkata bahawa dia tidak cergas dan tiba-tiba dia menjaringkan hatrik (dalam La Liga) hujung minggu lalu,” kata Di Francesco.

    “Ini bermakna kami berjaya mengekang gerakannya. Kami telah mengurangkan ruang gerakannya sebanyak mungkin.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda