Wednesday, February 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona bakal berdepan Real Madrid, rebut Piala Sepanyol

    RIYADH, 13 JAN – Marc-Andre ter Stegen menyelamat Barcelona setelah berjaya menghalang dua sepakan penalti bagi membantu Barcelona menewaskan Real Betis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2 pada Khamis, sekali gus menetapkan perlawanan akhir Piala Super Sepanyol Clasico.

    Pasukan Catalan akan menentang musuh ketat mereka, Real Madrid pada Ahad selepas pasukan Carlo Ancelotti itu menewaskan Valencia menerusi sepakan penalti pada Rabu.

    Barcelona memerlukan sepakan penalti untuk menewaskan Betis selepas keputusan seri yang mendebarkan selama 120 minit di Stadium King Fahd, Riyadh.

    Ter Stegen menghalang bola hasil tendangan Juanmi dan William Carvalho dalam sepakan penalti penentuan, manakala Pedri menyempurnakan sepakan penalti bagi Barcelona.

    Barcelona belum memenangi Piala Super Sepanyol sejak perubahan kepada format empat pasukan, dengan edisi Arab Saudi pertama berlangsung pada 2020. – AFP

    Penyerang Poland dari Barcelona, ​​Robert Lewandowski (kanan) menjaringkan gol pembukaan semasa Piala Super Sepanyol. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda