Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona belasah Valencia

    BARCELONA, 27 JAN – Barcelona membelasah Valencia 7-1, kelmarin, untuk kembali pada kedudukan terbaik dalam La Liga.

    Fermin Lopez menjaringkan dua gol untuk pasukan Catalan pada separuh masa pertama, kemudian Frenkie de Jong, Ferran Torres dan Raphinha masing-masing menambah jaringan, sekali gus memberikan Barcelona kelebihan lima gol pada masa rehat.

    Hugo Duro kemudian menjaringkan satu gol pada awal separuh masa kedua sebelum Robert Lewandowski menambah jaringan untuk Barca, diikuti gol sendiri oleh Cesar Tarrega, di mana pasukan tuan rumah yang berada di tangga ketiga itu hanya memperolehi kemenangan kedua dalam sembilan perlawanan liga terakhir mereka.

    Pasukan Hansi Flick mengekori pendahulu La Liga, Real Madrid, dengan tujuh mata dan Atletico Madrid di tempat kedua dengan tiga mata.

    “Saya rasa dalam La Liga kami mempunyai kekurangan persefahaman dan kami memerlukan kemenangan ini, ia sangat penting dan sekarang kami perlu terus berjuang,” kata Lopez kepada DAZN.

    “Semua orang dalam pasukan adalah penting, dan kami perlu bersedia untuk sesiapa sahaja yang bermain – itulah hakikatnya menjadi sebuah pasukan dan itulah cara kami untuk bersaing bagi kejuaraan.

    “Perjalanan masih panjang dan kami akan berjuang sehingga ke akhirnya,” katanya. – AFP

    Lamine Yamal melakukan rembatan semasa perlawanan bola sepak di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona pada 26 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda