MADRID, 3 OKT – Luiz Suarez menambah lagi penderitaan Barcenola selepas menjaringkan dalam kemenangan 2-0 untuk Atletico Madrid kelmarin, tetapi Ronald Koeman menegaskan dia mempunyai sokongan daripada kelab tersebut untuk kekal menjadi jurulatih.
Presiden Barca, Joan Laporta berkata beberapa jam sebelum perlawanan, Koeman akan kekal menjadi jurulatih Barca ‘tanpa menghiraukan keputusan’ di Wanda Metropolitano, namun, satu lagi persembahan kurang memuaskan akan menjejaskan kedudukannya sebagai jurulatih sewaktu perlawanan antarabangsa yang berlangsung selama dua minggu.
Koeman menyatakan dia menyambut dengan baik mengenai penjelasan tentang masa depannya, yang mana dia percaya dapat memberi kebaikan kepada pasukannya.
“Penjelasan adalah sangat penting, untuk keyakinan jurulatih, untuk pemain, supaya mereka tahu jurulatih mereka masih ada,” kata Koeman.
“Dia telah membuat keputusan,” menurutnya kelmarin.

Penjaring gol, Suarez meletakkan tangannya dan melihat ke langit ketika meraikan gol yang dijaringkannya sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya, di mana dia menghabiskan enam tahun dan menjaringkan 198 gol.
Tetapi pemain Uruguay itu meraikan golnya dengan membuat isyarat telefon yang ditujukan kepada Koeman, merujuk kepada cara bagaimana cara bekas jurulatih itu melayannya dengan mengatakan khidmatnya tidak lagi diperlukan di Camp Nou, setahun yang lalu.
Thomas Lemar sebelum itu membantu Atletico untuk mendahului Barca 1-0 dan Suarez menjaringkan gol kedua bagi Atletico sebelum separuh masa pertama berakhir. Barcelona kelihatan terdedah selepas mencatatkan satu lagi kekalahan berturut-turut 3-0 dalam Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich dan Benfica.
Sekurang-kurangnya Barca mengelak daripada dimalukan dalam separuh masa kedua dan kelihatan Koeman berusaha untuk menukar nasib pasukannya.
Xavi Hernandez, Roberto Martinez dan Andrea Pirlo dilaporkan antara nama-nama yang dipertimbangkan untuk menggantikan Koeman sebagai pengurus Barca.
Kini Barcelona menduduki tangga kesembilan di La Liga, manakala dengan kemenangan yang dicatat oleh Atletico, bermakna mereka sekarang berkongsi mata dengan Real Madrid dalam puncak liga. – AFP