BARCELONA, 23 FEB – Dani Olmo dan Ferran Torres menjaringkan gol untuk memberikan Barcelona kemenangan 2-0 di Las Palmas semalam, sekali gus mengembalikan mereka ke puncak La Liga.
Setelah Atletico Madrid mengalahkan Valencia untuk menghuni tangga teratas buat sementara, Barcelona menggantikan mereka dengan kemenangan tipis di tempat lawan dan kini mendahului satu mata di depan Rojiblancos.
Olmo, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menghasilkan penyudah yang cantik sebelum Torres meledak gol kedua untuk memastikan kemenangan serta membalas dendam bagi kekalahan mengejutkan di tempat sendiri kepada Las Palmas sebelum ini.
Juara bertahan, Real Madrid yang berada di tempat ketiga, boleh menyamakan mata dengan Barcelona jika mereka mengalahkan Girona di laman sendiri hari ini.
“Kami tidak berasa tertekan, kami mahu berada di puncak, kami tahu (untuk memenangi liga) adalah di tangan kami,” kata Olmo kepada Movistar.
“Hari ini kami meraih tiga mata penting, jadi kami pulang dengan gembira.”
Olmo tidak banyak bermain sejak masalah kewangan kelab memaksanya untuk tidak didaftarkan pada awal tahun, sehingga Majlis Sukan Negara Sepanyol memberikan pengecualian sementara yang membenarkannya beraksi kembali.
Bintang bekas RB Leipzig itu terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan betis pada Januari. – AFP
