MADRID, 24 APRIL — Barcelona kelmarin menamatkan rentak tiga perlawanan tanpa kemenangan dan 13 perlawanan tanpa kalah Atletico Madrid dengan kemenangan sukar 1-0 untuk kekal di landasan dalam kejuaraan liga Sepanyol pertamanya dalam tempoh empat tahun.
Kemenangan di tempat sendiri memulihkan kedudukan selesa pasukan itu dengan kelebihan 11 mata ke atas Real Madrid dengan baki lapan pusingan lagi.
Kemenangan itu juga menghentikan enam kemenangan berturut-turut oleh Atletico, yang tewas kepada Madrid dalam perebutan tempat kedua.
Madrid, yang memberi tumpuan kepada Liga Juara-juara dan final Copa del Rey, menewaskan Celta Vigo 2-0 di laman sendiri kelmarin.
Ferran Torres menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-44 di Camp Nou dengan rembatan rendah tepat dari dalam kawasan untuk menamatkan kemarau kemenangan Barcelona baru-baru ini.
“Kami terpaksa menang walau apa pun, ia adalah perlawanan penting untuk memastikan kami berada di landasan untuk memenangi liga,” kata Torres. “Ia adalah sukar, menentang pasukan yang tidak tewas dalam 13 perlawanan dan itu adalah antara pasukan paling hebat musim ini.”
Ia adalah rekod bersih ke-23 dalam liga untuk Barcelona, yang kali terakhir memenangi kejuaraan liga pada 2019. Ia hanya bolos sembilan gol dalam 30 perlawanan liga musim ini.
Atletico berada di tempat ketiga, yang mempunyai pertahanan kedua terbaik dengan bolos 22 gol, mengekori Madrid dengan lima mata.
“Mereka berhak mendapat kemena-ngan kerana mereka lebih cekap,” kata Simeone. “Kami mempunyai peluang tetapi tidak memanfaatkannya.” – AP


