Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Barcelona tewas kepada Sociedad

    BARCELONA, 21 MEI – Juara baharu La Liga, Barcelona tersungkur 2-1 di tangan Real Sociedad semalam sebelum menerima trofi di Camp Nou.

    Mikel Merino dan Alexander Sorloth menjaringkan gol buat pasukan pelawat, yang mempertahankan kedudukan di tangga keempat, mengembalikan jurang lima mata ke atas Villarreal, di tangga kelima, dalam perebutan mendapatkan kelayakan Liga Juara-Juara.

    Terdahulu, Villarreal memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Girona hasil jaringan minit akhir dihasilkan oleh Gerard Moreno.

    Roberto Lewandowski merapatkan kedudukan untuk Barcelona pada babak akhir perlawanan, yang merangkul gelaran pada hujung minggu lalu selepas kemenangan 4-2 di Catalan menentang seteru rapat Espanyol, dan diberikan penghormatan sebelum perlawanan.

    Keraian Barcelona di Cornella dicemari oleh penyokong Espanyol yang menceroboh padang, namun mereka berjaya menebusnya selepas menewaskan lawan dan meraih gelaran ke-27 liga.

    Reaksi Alexander Sorloth meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang Barcelona di Camp Nou, baru-baru ini. – AFP

    “Terima kasih kepada kakitangan, pemain yang telah memberikan segala-galanya di atas padang,” kata ketua jurulatih Barcelona, Xavi.

    “Dan kepada peminat. Tanpa awda ia mungkin menjadi sesuatu yang mustahil. Awda sangat luar biasa.

    Pasukan kendalian Imanol Alguacil memberikan saingan sengit untuk menjejas pesta di Catalan dengan kemenangan yang mengagumkan.

    “(Menang di sini) adalah sesuatu yang bersejarah buat kelab, ia adalah tempat yang sukar untuk dikunjungi,” Merino memberitahu DAZN selepas pasukannya menang kali pertama di Camp Nou sejak 1991.

    “Saya belum lagi dilahirkan ketika kali terakhir La Real memenangi perlawanan di sini.

    Kami memerlukan kemenangan kerana pasukan lawan sedang mengejar kedudukan kami dan kami bermain dengan hebat pada hari ini.”- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -