MADRID, 16 Sept – Barcelona bangkit daripada ketinggalan, menewaskan Real Sociedad manakala Real Madrid terikat 1-1 menentang Athletic Bilbao dalam saingan La Liga, semalam.
Real yang mempertahankan kedudukannya dalam tiga perlawanan, dikejutkan dengan gol Iker Muniain pada minit ke-32 menerusi serangan balas.
Penjaga gol Atlhletic, Unai Simon mempertahankan asakan Real, yang akan memulakan kempen Liga Juara-juara menentang AS Roma di Santiago Bernabeu, Rabu ini, tidak bertahan lama setelah Isco menanduk masuk hantaran Gareth Bale selepas sejam perlawanan.
Keputusan seri itu meletakkan skuad kendalian Julen Lopetegui mengutip 10 mata, dua mata ketinggalan di belakang Barcelona, manakala Atletico Madrid turut ketinggalan daripada pemburuan gelaran La Liga selepas diikat Eibar di laman sendiri. – AFP