BARCELONA, 19 Julai – Naib Presiden Barcelona Jordi Mestre kelmarin menegaskan bintang Brazil Neymar akan kekal di Sepanyol walaupun khabar angin mengaitkannya dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain bertiup kencang. Ditanya semasa sidang akhbar jika beliau dapat mengesahkan Neymar akan kekal di Barca menjelang musim 2017-18, Mestre menjawab: “200 peratus”. Laporan di Sepanyol telah mencadangkan PSG