Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bard’s 78 FT muncul juara liga futsal Yakin Madani

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Pasukan Bard’s 78 FT berjaya menjulang Piala Yakin Madani Futsal League (YMFL) 2024 selepas menafikan cabaran sengit pasukan MZI FT dengan kedudukan 6-5  pada perlawanan akhir kejohanan YMFL di Stadium Tertutup, Miri, Sarawak kelmarin.

    Kejayaan cemerlang itu dimeriahkan lagi apabila penyerang lincah Bard’s 78, Mohd Shafarisman Anuar dianugerahkan sebagai pemain terbaik yang juga menggenggam anugerah  penjaring terbanyak sementara rakan sepasukannya, Hailery Jimsani dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.

    Pasukan Bard’s 78 dengan barisan pemain-pemain berpotensi membawa pulang hadiah sebanyak RM5 ribu berserta pingat yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Ahli Parlimen Miri, Yang Berhormat Chiew Choo Man.

    Sementara naib juara, MZJ FT yang akur dengan kekalahan tipis membawa pulang hadiah sebanyak RM3 ribu berserta pingat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Hitune Group of Companies dan Yakin Football Leauge, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Pasukan Dasan Rovers FT yang menduduki tempat ketiga pula menerima hadiah sebanyak RM2 ribu berserta pingat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hitune Group of Companies dan Yakin Football League, Dayang Hernah Nur Imani Muhammad Jeffery

    Hitune Group of Companies dan Yakin Football League menjadi penaja premium bagi kejohanan futsal yang diadakan sepanjang 3 bulan lalu sementara Kelab Rekreasi Wira Jaya pula adalah selaku penyelaras kejohanan.

    Pengiran Zamri menjelaskan, “kejohanan YMFL 2024 bukan sahaja menjadi medan untuk menampilkan kemahiran dan strategi perlawanan tetapi juga menjadi bukti nilai-nilai persahabatan, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.”

    “Harapan kami agar kejohanan ini menjadi landasan terbaik bagi membantu membangunkan dan mengembangkan sukan futsal di Miri yang juga sebagai satu platform pembangunan bakat muda dan yang penting ialah pengukuhan perpaduan masyarakat,” tambahnya.

    Kejohanan futsal terbesar di Miri itu juga diharapkan sebagai usaha untuk merapatkan hubungan menerusi sukan di samping sebagai pemangkin perkembangan sukan fustal di Miri.

    Sebanyak lapan buah pasukan telah menyertai kejohanan julung kali edisi 2024 berkenaan antaranya Futbolismo FT, BARD’S 78 FT, Dasarn Rovers, Wirajaya SSC, IPD Miri, Vendetta FT, SS5, dan MZJ.

    Pasukan Bard’s  8 FT menjulang piala Kejohanan YMFL.
    Naib Juara, MZJ FT  menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengiran Zamri.
    Dasan Rovers FT yang menduduki tempat ketiga menerima hadiah yang disampaikan oleh Dayang Hernah Nur Imani. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN YFL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda