Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bariga maklumat asas ASEAN

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Dengan hasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN di Seria.

    Jerayawara telah diadakan bagi 196 orang pelajar Tahun 7 dan 8 Maktab Anthony Abell (AAC), kelmarin, manakala itu pada hari ini, ia diadakan bagi lebih kurang 213 orang pelajar Tahun 7 hingga 9 di Sekolah St Margaret.

    Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Di AAC, Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Pemangku Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Hajah Liyana binti Haji Suhaimi manakala itu di Sekolah St Margaret, ia disampaikan oleh Ketua Meja Pemasaran, Jabatan Penerangan, Awang Muhammad Azyzul Azman @ Rosman bin Yakub.

    Taklimat antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Kuiz ASEAN turut diadakan untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih ‘We ASEAN’ yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota, kalendar, galeri gambar dan video.

    Awang Muhammad Azyzul Azman @ Rosman menyampaikan hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz di Sekolah St Margaret.
    Taklimat di AAC disampaikan oleh Hajah Liyana.
    Antara pelajar AAC yang hadir mendengarkan taklimat.
    Pelajar-pelajar Sekolah St Margaret yang hadir semasa taklimat di sekolah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda