Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Barisan kabinet baharu Peru angkat sumpah

    LIMA, 11 DIS – Presiden baharu Peru, Dina Boluarte meminta barisan Kabinetnya melaksanakan tugas mereka ‘tanpa mengamalkan rasuah’ setelah mengangkat sumpah semalam.

    Boluarte melantik sembilan lelaki dan lapan wanita bagi menjawat 17 jawatan menteri, diketuai Pedro Angulo Arana sebagai perdana menteri.

    Bagaimanapun, pelantikan menteri bagi Kementerian Buruh dan Promosi Pekerjaan, Pengangkutan dan Komunikasi masih belum diputuskan, lapor Xinhua.

    Boluarte mengambil alih jawatan presiden Peru pada Rabu selepas Pedro Castillo disingkirkan menerusi usul pemecatan oleh Kongres atas alasan ‘ketidaklayakan moral’.

    Boluarte turut menyeru penggubal undang-undang melakukan ‘gencatan senjata politik’ agar beliau dapat menumpukan usaha memajukan kerajaannya dan berjanji memerangi rasuah.

    Meskipun Boluarte memegang jawatan itu untuk melengkapkan mandat Castillo sehingga Julai 2026, beliau berkata pilihan raya akan diadakan lebih awal jika keadaan memaksa.

    Kenyataan Boluarte itu dibuat di tengah-tengah protes yang tercetus di Lebuhraya Pan-American di wilayah Arequipa, Ica dan Tacna di Peru dan orang ramai bertindak mengadakan sekatan di jalan dengan menggunakan batu, kayu dan tayar, membantah penahanan Castillo dan menuntut supaya bekas presiden itu dibebaskan. – Bernama

    Presiden Dina Boluarte (tengah depan) dan anggota kabinet yang baru dilantik bergambar selepas majlis angkat sumpah di depan istana kerajaan di Lima, Peru. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Berita Berkaitan

    37 maut dalam kemalangan jalan raya di selatan Peru

    LIMA, 13 NOV - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan...

    Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden baharu Ireland

    LONDON, 12 NOV – Catherine Connolly mengangkat sumpah kelmarin...

    Catherine Connolly dilantik jadi presiden baharu Ireland

    LONDON, 12 NOV - Catherine Connolly mengangkat sumpah kelmarin...

    Peru umum Presiden Mexico Claudia Sheinbaum sebagai persona non grata

    MEXICO CITY, 7 NOV - Kongres Peru mengundi untuk...

    Terkini

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...