Barisan model SUV baharu dipamerkan

SHANGHAI, 19 APRIL – Volkswagen, Ford dan jenama China mendedahkan SUV baharu bagi China hari ini semasa pameran auto Shanghai, acara pemasaran terbesar industri terbabit dalam masa setahun yang dibayangi oleh pandemik koronavirus.

Pembuat kereta menarik perhatian China, pasaran auto terbesar dari segi jumlah jualan dan ekonomi terbesar pertama yang pulih semula daripada pandemik, untuk menggerakkan pemulihan dalam permintaan dan menebus kerugian berbilion dolar.

Auto Shanghai 2021 diadakan di bawah kawalan antivirus termasuk mengadakan beberapa sidang berita menerusi rangkaian video. Ia hanya disertai sebilangan kecil eksekutif dari negara luar. Para wartawan turut dikehendaki menjalani ujian virus.

Model terbaharu itu mencerminkan momentum pesat ke arah elektrifikasi dan model-model rekaan mengikut cita rasa China.

Pembuat auto bergantung sepenuhnya pada pusat rekaan dan penyelidikan di China untuk mencipta model-model bagi jualan global.

Kereta Nio Eve dipamerkan semasa Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-19 di Shanghai pada 19 April. – AFP

Syarikat Ford Motor menampilkan SUV saiz sederhana, EVOS, kenderaan pertama yang dicipta sebahagian besarnya oleh pasukan berpangkalan di China di bawah strategi dua tahun untuk menyepadukan operasi Ford China ke dalam pembangunan produk global.

Pembuat auto itu juga mempamerkan SUV hibrid plug-in, Escape dan Mustang Mach-E semua elektrik.

“Kami bukan saja melihat senarai ciri-cirinya, namun lebih fokus pada bagaimana ia bergabung bersama dari segi pengalaman bagi pelanggan,” kata Tim Slatter, naib presiden Ford China.

Sementara itu, Volkswagen AG berkata ID.6, sebuah kereta elektrik boleh diperolehi dalam model enam atau tujuh kerusi, bertujuan untuk mencipta ‘ruang istirahat dalam kenderaan’ dengan pemanduan separa automatik dilengkapi teknologi lain.

Syarikat auto Jerman, unit Audi dipaparkan dalam versi konsep sedan A6 e-tron, yang pertama daripada kereta elektrik yang dijangka dikeluarkan tahun hadapan.

Syarikat Toyota Motor pula memperkenalkan bZ4X Concept jenis SUV bateri elektrik, salah satu daripada 70 kenderaan elektrik yang pembuatnya mengatakan akan dipasarkan di seluruh dunia menjelang 2025.

Pameran itu juga mencerminkan teknologi berkembang dan kemahiran rekaan yang masih baharu di China namun jenama tempatan yang penuh aspirasi.

Geely Auto, sebahagian daripada kumpulan jenama Geely Holding memperkenalkan kereta Volvo Sweden, SUV baharu iaitu Xingyue L.

Syarikat itu berkata teknologi pandu sendiri itu membolehkan Xingyue L untuk memparkir dan memandu sendiri untuk mengambil pemandunya.

Syarikat General Motors mengetengahkan Envision Plus, SUV saiz medium dan jenis sedan, Verano, antara 13 model baharu yang dirancang tahun ini di China. – AFP