Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barli rendahkan kolestrol dalam darah

    MEMANG beruntung jadi penggemar bijirin barli. Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah.

    Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.

    Buat pengetahuan penggemar barli juga, bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Berikut antara khasiat barli:

    1- Rendahkan kolesterol dalam darah

    Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dapat merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

    Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80mg vitamin B12 daripada 100gm barli.
    Menurut kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dapat merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat. – Gambar hiasan

    2- Tingkatkan glukosa dan lemak dalam darah

    Betaglucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Tahap betaglucan yang tinggi dalam barli ini dikatakan bertanggungjawab meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah dalam kalangan pesakit diabetes tahap 2.

    3- Kurangkan risiko penyakit barah dan jantung

    Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol (tokol) yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

    4- Rawat luka ringan

    Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.

    5- Hilangkan berat badan

    Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

    6- Penyejuk badan

    Air rebusan bijirin barli pula dikatakan berkhasiat sebagai penyejuk badan.

    7- Bantu sistem penghadaman

    Khasiat barli dipercayai baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang dan membantu untuk sistem penghadaman.

    Bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, zat besi, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

    Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80mg vitamin B12 daripada 100gm barli.

    Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda