Sunday, October 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barry Lane meninggal dunia

    LONDON, 2 JAN – Pemain golf England, Barry Lane, yang merupakan juara lima kali Jelajah Eropah dan bekas pemain Piala Ryder, meninggal dunia pada usia 62 tahun.

    Lane membuat 693 permulaan dalam Jelajah Eropah yang sekarang dikenali sebagai Piala Dunia DP dan menduduki tempat keempat dalam senarai penampilan sepanjang masa.

    “Kami sangat sedih mendengar berita pemergian Barry Lane,” kata Keith Peller, Ketua Eksekutif Jelajah Eropah.

    Lane telah meraih gelaran di Kejohanan Terbuka Scottish tahun 1988, German Masters pada tahun 1992, European Masters pada 1993 dan Kejohanan Terbuka Balearic pada tahun 1994.

    Dia kemudian terpaksa menunggu 10 tahun untuk meraih gelaran yang kelima dan terakhirnya iaitu British Masters pada tahun 2004.

    Persembahan terbaik Lane dalam kejohanan utama adalah mendapatkan tempat ke-13 di Kejohanan Terbuka British pada tahun 1993, tahun yang sama Barry membuat penampilan di dalam Piala Ryder setelah kecundang kepada Amerika Syarikat.

    “Barry Lane adalah seperti putera. Dia akan dirindui,” kata rakannya Tony Jacklin, seorang pemain golf kelahiran England dan dua kali juara kejohanan utama, menerusi halaman Twitter miliknya. – AFP

    Barry Lane, juara lima kali Jelajah Eropah dan bekas pemain Piala Ryder, meninggal dunia pada usia 62 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda