Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Barty, Collins jumpa di final

    MELBOURNE, 27 JAN – Ashleigh Barty mara ke pusingan akhir Terbuka Australia hari ini dengan membelasah Madison Keys dalam straight-sets untuk mengatur pertemuan pada final dengan Danielle Collins.

    Pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain ranking ke-51, Keys dengan keputusan 6-1, 6-3 dalam masa hanya 62 minit, mengatur pertembungan final dengan pemain dari Amerika itu, selepas Collins menewaskan pemain pilihan ketujuh dari Poland, Iga Swiatek dengan keputusan 6-4, 6-1.

    Barty ialah wanita Australia pertama yang menyertai penentuan Grand Slam di laman sendiri sejak Wendy Turnbull pada 1980 dan menyasarkan untuk menjadi pemenang pertama sejak Chris O’Neil pada dua tahun sebelumnya.

    Tetapi Collins bakal menghalangnya pada Sabtu dengan pemain berusia 28 tahun itu menikmati penampilan kedua memberangsangkan selepas pembedahannya tahun lalu untuk menyembuhkan endometriosis.

    Sembilan bulan berlalu dan dia mempunyai rekod menang-kalah 32-7, merangkul gelaran perseorangan sulungnya semasa WTA tahun lalu di Palermo kemudian San Jose.

    Selepas berjaya mara ke separuh akhir di Melbourne pada 2019, dia kini berada di pusingan akhir Slam pertamanya dan akan memecah masuk menjadi 10 pemain teratas buat kali pertama dalam kemunculan semula yang luar biasa.

    “Untuk bermain menentang pemain nombor satu dunia di negaranya sendiri, ia akan menjadi sesuatu yang hebat,” kata Collins mengenai perlawanan akhir itu.
    “Saya merasa sangat gembira. Ia adalah satu perjalanan, dengan kerja keras selama bertahun-tahun.”

    Bagaimanapun, Barty telah menunjukkan prestasi terbaik setakat ini, hanya gagal sekali melakukan servis dalam enam perlawanan dan masih belum kalah dalam satu set apabila dia berjaya melepasi pemain teratas wanita. – AFP

    Reaksi Ash Barty selepas menewaskan Madison Keys dari AS dalam perlawanan separuh akhir mereka di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, , 27 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...