Thursday, December 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baru keluar hospital, Adi Putra terus sambung kerja

    Selepas dibenarkan keluar daripada hospital, pelakon Datuk Adi Putra meneruskan komitmen kerja dengan menyambung penggambaran drama lakonannya.

    Berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berharap urusan pekerjaannya itu dipermudahkan meskipun dia masih perlu menerima rawatan susulan.

    “Assalamualaikum, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan media, ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan saya untuk cepat sembuh.

    “Alhamdulillah saya masih dalam rawatan dan mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan.

    “Hari ini (Rabu) saya akan meneruskan penggambaran Sekam Di Dada, amanah dan tanggungjawab harus digalas,” katanya.

    Adi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram pada Rabu.

    Dalam pada itu, Adi turut menitipkan kembali doa kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai kesihatannya itu.

    “Saya juga mendoakan kepada anda semua agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

    Pada Jumaat lalu, Adi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan masalah batu karang.

    Menurut isterinya iaitu Datin Aida Yusof, pelakon filem Mat Kilau ini jatuh sakit kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi. – Agensi

    Adi tetap meneruskan komitmen menjalani penggambaran drama meskipun tidak sihat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda