Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas autonomi tanpa pemandu bakal beroperasi di Vilnius

    VILNIUS, 18 JUN – Sebuah bas autonomi tanpa pemandu akan beroperasi secara berkala selama dua bulan di daerah Uzupis, Vilnius pada musim luruh ini, lapor Baltic News Service (BNS), kelmarin.

    Wakil syarikat perbandaran Vilnius, Solveiga Stankeviciene, memberitahu BNS bahawa komitmen syarikat untuk menguji laluan biasa dengan bas autonomi adalah sebahagian daripada projek integrasi pengangkutan awam Eropah.

    “Kekurangan pemandu membuatkan kami mempertimbangkan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam lain di bandar ini,” katanya.

    Bas tersebut, yang boleh membawa sehingga 12 penumpang, dijangka mula beroperasi dari pertengahan September, menawarkan perjalanan percuma antara perhentian bas di Uzupis.

    “Dengan projek ini, kami menyasarkan untuk menguji infrastruktur bandar Vilnius dan sistem pengangkutan awam yang sedia ada untuk melihat sama ada berbaloi atau tidak bagi kami untuk melabur dalam jenis kenderaan ini,” jelasnya.

    Pihak perbandaran telah memperuntukkan AS$85,600 untuk penyewaan kenderaan dan pemasangan perhentian bas sementara di Uzupis.

    Menurut Stankeviciene, bas autonomi itu akan disewa daripada syarikat asing. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda