Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Bas awam perlu penyelenggaraan

    Keadaan bas awam di negara ini semakin membimbangkan, terutamanya apabila bas-bas yang sering digunakan oleh warga asing, kelihatan semakin usang dan tidak terjaga.

    Ada sesetengah bas kelihatan seperti bas vintaj yang tidak sesuai dengan zaman moden ini. Masalah teknikal, seperti pintu bas yang tidak dapat ditutup secara automatik atau dibiarkan terbuka, jelas menunjukkan kegagalan pihak pengusaha dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan awam berjalan dengan lancar dan selamat.

    Keadaan ini bukan sahaja membahayakan penumpang, tetapi mencerminkan kecuaian dalam pengurusan sistem pengangkutan awam yang melibatkan kepentingan ramai.

    Tidakkah kita merasa malu apabila pelancong melihat bas yang daif ini, terutamanya apabila mereka menganggap Brunei sudah maju? Oleh itu, pihak berwajib harus segera mengambil tindakan tegas untuk melakukan pemeriksaan rutin bagi memastikan bas awam diselenggarakan dengan baik.

    Pembaharuan bas awam juga harus diutamakan agar ia lebih selamat dan selesa, seiring dengan matlamat wawasan 2035.

    Hasif

    Gambar tangkap layar dari video yang tular di media sosial menunjukkan tali digunakan untuk menutup pintu bas. – GAMBAR DARI MEDIA SOSIAL
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...