Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Bas bertembung di Kenya, 14 maut

    NAIROBI, KENYA, 30 MAC – Empat belas orang, termasuk pelajar, maut selepas bas universiti bertembung dengan kenderaan penumpang di Kenya, barat ibu negara, pada Khamis.

    Polis berkata 12 orang maut di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

    Bas itu membawa 30 orang dan angka kematian mungkin meningkat, kata Ketua Polis Rift Valley, Tom Odera.

    Bas itu menuju ke pekan Nakuru dari ibu negara, Nairobi, apabila pemandunya hilang kawalan, melanggar kenderaan aah bertentangan dan terjun ke dalam longkang, katanya.

    Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di jalan raya Kenya. Polis trafik pada masa lalu telah bertindak keras terhadap pemandu yang melanggar had laju dan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk.

    Minggu lalu, Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan berkata bahawa 974 orang telah maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sejak Januari. Pihak berkuasa telah menjalankan kempen keselamatan jalan raya menggesa pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutama pada musim hujan yang berterusan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...