Wednesday, November 13, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas dan lori sampah berlanggar, 10 terkorban

    NEW DELHI, 29 SEPT – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 24 yang lain cedera selepas sebuah bas yang membawa mereka melanggar sebuah lori sampah yang berhenti di negeri Madhya Pradesh, tengah India, kata polis hari ini.

    Kemalangan itu berlaku lewat malam kelmarin di kawasan balai polis Nadan Dehat di daerah Maihar, kira-kira 490 km timur laut Bhopal, ibu kota Madhya Pradesh.

    “Lewat malam tadi, sebuah bas penumpang jenis sleeper coach melanggar sebuah lori sampah yang sarat dengan batu di lebuh raya kebangsaan di kawasan balai polis Nadan Dehat, menyebabkan 10 orang terbunuh dan mencederakan 24 yang lain,” kata seorang pegawai kanan polis.

    “Lima orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala 29 lagi dikejarkan ke hospital Satna. Kemudian, lima lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Dua penumpang dalam keadaan kritikal.”

    Menurut polis, penyelamat menggunakan jentolak dan pemotong keluli untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap di dalam bas yang remuk itu.

    Polis telah mengarahkan siasatan dijalankan untuk memastikan punca kemalangan itu. Bas malang berkenaan datang dari Uttar Pradesh dan menuju ke Nagpur di Maharashtra. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda