Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas langgar hentian, 3 terkorban

    STOCKHOLM, 16 NOV – Sebuah bas dua tingkat merempuh sebuah perhentian bas di Stockholm pada Jumaat, mengakibatkan tiga orang terbunuh dan tiga lagi cedera, menurut polis.

    Pihak berkuasa menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 3:23 petang.

    Kenderaan tersebut melanggar tempat menunggu bas di Valhallavägen, sebuah jalan di daerah Östermalm di ibu negara Sweden. Kawasan itu terletak di bahagian utara bandar, berhampiran Royal Institute of Technology.

    Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai ‘pembunuhan tanpa niat’ namun siasatan masih dijalankan. Punca kemalangan belum diketahui.Agensi berita Sweden, TT, melaporkan bahawa pihak polis mengesahkan pemandu bas telah ditahan dan akan disoal siasat bagi menentukan punca kejadian. Bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

    Perkhidmatan kecemasan memaklumkan bahawa bas berkenaan, sebuah bas bandar biasa, tidak beroperasi dan tiada penumpang berada di dalamnya ketika kejadian, menurut laporan TT.

    Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menulis di X bahawa dia telah “menerima berita tragis bahawa beberapa orang telah terkorban dan cedera di sebuah perhentian bas… Mereka yang mungkin dalam perjalanan pulang kepada keluarga, rakan atau malam yang tenang di rumah.” – AP

    Sebuah bas dua tingkat merempuh sebuah tempat menunggu bas di Stockholm pada Jumaat, 14 November lalu, mengakibatkan kematian dan kecederaan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda