MADINAH, 5 MAC – Perkhidmatan Bas Madinah yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Wilayah Madinah kelmarin mengumumkan pelancaran laluan pengangkutan awam khas yang beroperasi 24 jam sepanjang Ramadan.
Laluan itu akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz dengan Masjid Nabawi, bagi memudahkan pergerakan para pengunjung, lapor agensi berita Saudi (SPA).
Pihak berkuasa menggalakkan orang ramai untuk menyemak lokasi perhentian yang ditetapkan bagi perkhidmatan ulang-alik melalui pautan https://madinahbus.mda.gov.sa/img/mod/pub-bus.pdf. – Bernama
