Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas mini menjunam ke dalam jurang

    PESHAWAR, Pakistan, 30 April – Polis Pakistan berkata sebuah bas mini menjunam ke dalam jurang di pergunungan barat laut, mengorbankan 11 orang.

    Pegawai polis Ismail Khan berkata sembilan orang lagi cedera pada kemalangan jalan raya itu di daerah Upper Dir, dalam perjalanan ke Lembah Chitral. Dia berkata jalan berada dalam keadaan licin selepas hujan.

    Kemalangan jalan raya satu kebiasaan di Pakistan disebabkan kekurangan infrastruktur, kenderaan-kenderaan yang tidak diselenggarakan dan gaya pemanduan bahaya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda