Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas mini tanpa pemandu diuji

    BARCELONA, 16 MAC – Renault sedang menguji bas mini tanpa pemandu baharu di Barcelona minggu ini. Kenderaan autonomi itu berjalan pada laluan pekeliling sejauh 2.2 kilometer dengan empat perhentian di tengah-tengah bandar Sepanyol. Pelanggan boleh menaikinya secara percuma.

    Pengeluar kereta Perancis itu telah bekerjasama dengan WeRide, sebuah syarikat yang mengkhususkan dalam kenderaan autonomi, untuk membuat prototaip.

    Ia melancarkan bas tanpa pemandu di venue Terbuka Perancis tahun lepas, tetapi kini ia sedang mengujinya di jalan terbuka di Barcelona. Ia juga mempunyai projek ujian yang akan dijalankan di Valence, Perancis, dan di lapangan terbang Zurich.

    Pau Cugat adalah salah seorang yang berminat menaiki bas itu untuk perjalanan singkat di sepanjang jalan Passeig de Gracia.

    Teksi dan bas tanpa pemandu sedang dicuba oleh syarikat di bandar lain, dari San Francisco ke Tokyo.

    Bagaimanapun, inisiatif Renault hadir apabila Eropah yang secara amnya ketinggalan di belakang Amerika Syarikat dan China dalam teknologi kenderaan tanpa pemandu, di mana syarikat tersebut bersaing sengit untuk maju. – AP

    Bas mini tanpa pemandu dipersembahkan oleh WeRide dan Renault Group, di pusat bandar Barcelona pada 12 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda