Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas mini terbalik, 24 terbunuh

    RABAT, 6 OGAOS – 24 maut dalam salah satu kemalangan jalan raya paling teruk pernah berlaku di wilayah tengah Azilal, Maghribi, hari ini, kata pegawai.

    Mereka terbunuh apabila sebuah bas mini yang membawa penumpang ke pasar mingguan di bandar Demnate terbalik di selekoh, kata pihak berkuasa tempatan. Mereka menambah bahawa satu siasatan telah dilancarkan.

    Kemalangan kerap berlaku di jalan raya Maghribi dan negara Afrika Utara yang lain, yang menyaksikan ribuan kematian jalan raya setiap tahun.

    Pada Mac, 11 orang, kebanyakannya pekerja pertanian, terbunuh apabila bas mini mereka merempuh sebatang pokok selepas pemandu hilang kawalan di bandar terpencil Brachoua, kata pegawai tempatan ketika itu.

    Ramai rakyat miskin menggunakan bas mini untuk melakukan perjalanan di kawasan luar bandar.

    Pada Ogos tahun lalu, 23 orang terbunuh dan 36 cedera apabila bas me-reka terbalik di selekoh timur ibu negeri ekonomi Maghribi, Casablanca.

    Kira-kira 3,500 kematian jalan raya dan 12,000 kecederaan direkodkan setiap tahun di Maghribi, menurut Agensi Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, dengan purata 10 kematian setiap hari. Angka tahun lepas adalah sekitar 3,200.

    Pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengurangkan separuh kadar kematian menjelang 2026 sejak kemalangan bas terburuk dalam sejarah negara menyebabkan 42 maut pada 2012.

    Pada 19 Julai di negara jiran Algeria, 34 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah trak pikap yang membawa tong minyak dan terbakar, jauh di wilayah selatan Sahara, kata pegawai. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda