Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas sekolah EV tarik minat kanak-kanak

    WASHINGTON, 27 OKT – Hampir 400 buah sekolah di setiap daerah yang merangkumi 50 negeri dan Washington, DC, bersama beberapa suku dan wilayah AS, menerima kira-kira AS$1 bilion dalam bentuk geran untuk membeli kira-kira sebanyak 2,500 bas sekolah di bawah program persekutuan baharu.

    Pentadbiran Biden menyediakan geran itu sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mempercepatkan peralihan kepada kenderaan sifar pelepasan dan mengurangkan pencemaran udara berhampiran sekolah dan komuniti.

    Naib Presiden Kamala Harris dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar Michael Regan mengumumkan anugerah geran kelmarin di Seattle. Bas sekolah baharu yang kebanyakannya berkuasa elektrik akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, menjimatkan wang dan melindungi kesihatan kanak-kanak dengan lebih baik, kata mereka.

    Sebanyak 25 juta kanak-kanak menaiki bas kuning setiap hari persekolahan, dan mereka akan mempunyai masa depan yang lebih sihat dengan armada yang lebih bersih, kata Harris.

    “Kami menyaksikan di seluruh negara kami dan di seluruh dunia kesan iklim yang melampau,” katanya. “Apa yang kami umumkan hari ini adalah satu langkah ke hadapan dalam komitmen negara kita untuk mengurangkan gas rumah hijau, untuk melabur dalam ekonomi kita, untuk melabur dalam membina kemahiran tenaga kerja Amerika. Semuanya dengan matlamat bukan sahaja menyelamatkan anak-anak kita, tetapi untuk mereka, menyelamatkan planet kita.”

    Program bas bersih “mempercepatkan peralihan negara kita kepada bas sekolah elektrik dan pelepasan rendah sambil memastikan masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk anak-anak kita,” kata Regan. – AP

    Naib Presiden Kamala Harris (kanan) bersama Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar Michael Regan, semasa lawatan bas sekolah elektrik di Sekolah Tinggi Meridian di Falls Church, Va. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda