Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terbabas, 35 cedera

    BERLIN, 12 FEB – Seramai 35 orang mengalami kecederaan, enam di antaranya parah, apabila sebuah bas terbabas dari lebuh raya dan terbalik di timur Jerman pada Jumaat.

    Bas Poland yang membawa 54 penumpang terbabas dan terjatuh dalam parit pada kira-kira 3 pagi, menurut polis di bandar Magdeburg.

    Punca kemalangan di Autobahn 2 di antara Irxleben dan persimpangan Bornstedt masih tidak jelas.

    Mereka yang cedera parah termasuk pemandu berusia 57 tahun. Lebuh raya telah ditutup selama dua jam untuk membolehkan bas dibawa keluar dengan bantuan dua kren. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda