Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut 30 cedera, bas langgar pokok

    BANGKOK, 5 DIS – Sebuah bas terlibat dalam kemalangan di selatan Thailand hari ini, mengorbankan 14 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain, kata pegawai.

    Kemalangan itu berlaku di wilayah Prachuap Khiri Khan ketika bas itu dalam perjalanan dari ibu negara, Bangkok, ke wilayah Songkhla di selatan.

    Ia membawa 49 orang apabila ia terbabas dari jalan raya dan melanggar pokok berhampiran Taman Negara Hat Wanakorn, kata seorang pegawai polis tempatan.

    Wilayah Prachuap Khiri Khan terletak di pinggir pantai antara Teluk Thailand dan Myanmar.

    “Kami menganggap pemandu itu mungkin tertidur,” kata Pol Kol Weerapat Ketesa, penguasa Balai Polis Huay Yang, menambah bahawa pegawai sedang menunggu keputusan ujian darah ke atas pemandu, yang terselamat dalam kemalangan itu.

    Polis masih menyiasat punca nahas itu, tambahnya.

    Kebanyakan mangsa adalah warga Thailand dan beberapa lagi warga Burma, kata Weerapat.

    Kira-kira 35 orang sedang menerima rawatan kecederaan di hospital tempatan, menurut Yayasan Penyelamat Sawang Rungrueang. – AP

    Pekerja penyelamat dan sukarelawan bekerja di lokasi kemalangan bas pada hari ini, di wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda