Wednesday, January 22, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera

    ISLAMABAD, 20 OGOS – Sekurang-kurangnya 20 orang maut manakala 15 yang lain cedera hari ini selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah kenderaan dan terbakar di daerah Hafizabad di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor pegawai penyelamat dan kesihatan.

              Pasukan penyelamat berkata, kemalangan itu berlaku pada awal pagi di jalan raya di Faisalabad Toll Plaza selepas bas penumpang bertembung dengan sebuah van pikap membawa bekas berisi bahan bakar yang mencetuskan kebakaran, lapor Xinhua.

              Sebaik menerima maklumat itu, anggota penyelamat segera ke lokasi dan memindahkan mangsa ke hospital tempatan, kata pasukan penyelamat.

              Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, tambahnya.

              Kira-kira 40 penumpang menaiki bas itu, menurut pasukan penyelamat.

              Dilaporkan bas malang itu sedang dalam perjalanan dari bandar pelabuhan selatan negara itu, Karachi, ke ibu negara Islamabad. – Bernama

     

    Foto yang diambil dengan telefon bimbit menunjukkan para penyelamat di lokasi nahas di daerah Hafizabad, wilayah Punjab timur Pakistan, kelmarin. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda