Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas terbalik di Thailand, 2 pelancong China masih dirawat

    BANGKOK, 10 JULAI – Dua pelancong China masih dirawat di hospital tetapi tidak dalam keadaan teruk selepas sebuah bas terbalik di Thailand, menurut kedutaan China di Thailand, hari ini.

    Menurut kedutaan, bas berkenaan membawa 24 pelancong China dari timur Wilayah Rayong ke bandar peranginan Pattaya apabila ia terbalik akibat hujan lebat dan jalan licin pada petang kelmarin.

    Penumpang yang cedera segera dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan. Setakat pagi hari ini, dua pelancong masih berada di hospital untuk rawatan, manakala selebihnya telah dibenarkan keluar.

    Menurut laporan media Thailand, empat orang di dalam bas itu pada satu ketika terperangkap dalam kenderaan berkenaan selepas kemalangan, tetapi diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Polis tempatan berkata mereka akan menyiasat lebih lanjut punca kemalangan itu.

    Thailand kini berada dalam musim hujan dan jabatan meteorologi meramalkan hujan lebat di seluruh negara dalam beberapa hari kebelakangan ini, memberi amaran mengenai banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan. – Xinhua

    Gambar yang diambil dengan telefon bimbit menunjukkan pegawai polis di lokasi kemalangan jalan raya di mana sebuah bas yang membawa pelancong China terbalik di Wilayah Rayong, Thailand, pada 9 Julai. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda